Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Khamis, 26 Julai 2012

PENGURUSAN BILIK j-QAF TERBAIK DAERAH ALOR GAJAH BAGI TAHUN 2011


Pengurusan bilik j QAF terbaik Daerah Alor Gajah bagi tahun 2011
Unit pendidikan Islam mengucapkan Tahniah kepada sekolah berikut yang memenangi bagi setiap kategori yang dipertandingkan. Setiap sekolah mendapat RM 500.00 dan Sijil Penghargaan.
SK Simpang Empat ( Bilik j QAF Kategori 3 Bay )
SK Jeram ( Bilik j QAF Kategori 2 Bay )
SK Othman Shawal ( Bilik j QAF 1 Bay )
Pada 25 Julai 2012,SK Simpang Empat telah didatangi oleh 2 orang pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah iaitu Ustaz Shamsuddin bin Othman ( Penyelia Kanan Pendidikan Islam ) dan Ustaz Nezam bin Md.Derus ( Penyelia Pendidikan Islam ).Kehadiran mereka adalah bagi menyampaikan Sijil Penghargaan dan Hadiah berupa Wang Tunai sebanyak RM 500.00 kepada Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Simpang Empat.


Sijil Penghargaan dan Wang Tunai tersebut telah disampaikan kepada Pn.Hjh.Zulekha bte Ab.Rahman         ( Guru Besar SK Simpang Empat ) dan Pn.Hjh.Hasnah bt.Hj.Yahaya ( Guru cemerlang Pendidikan Islam)
Pn.Hjh.Zulekha bte Ab.Rahman menerima Sijil Penghargaan dan Hadiah Wang Tunai
daripada Ustaz Shamsuddin bin Othman (Penyelia Kanan Pendidikan Islam PPD Alor Gajah )



Kami warga SK Simpang Empat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat di dalam pertandingan ini.Semoga kita semua akan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa.


Di kesempatan ini juga kami ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua warga pendidik.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates