Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Selasa, 27 September 2011

Penilaian Kedua Bilik j-QAF

Tarikh: 27hb September 2011
Hari: Selasa
Pegawai yang memantau: Ustaz Kamaruzzaman (Sektor Pendidikan Islam JPNM)
                                       Ustaz Shamsudin (PPD Alor Gajah)










Ahad, 25 September 2011

LDP 5, Kursus Pengurusan Jenazah / Kem Bestari Solat 3

Tarikh: 24hb September 2011
Hari: Sabtu
Masa: 10:00 pagi - 1:30 tengahari
Penglibatan: Semua guru dan murid tahun 4,5 dan 6
Penceramah: Ustaz Rosly bin Sairan; Pembantu Hal Ehwal Islam Angkatan Tentera Malaysia

Peralatan menguruskan jenazah yang dibawa dan disediakan oleh penceramah


Patung sebagai model jenazah turut dibawa oleh penceramah yang diundang khas

 Murid dan guru sama membantu menyiapkan bahan dan persiapan teknikal sebelum kursus dimulakan

 Ustaz Md.Noh selaku guru Panitia pendidikan Islam dan j-QAF bertanggungjawab memastikan kelancaran kursus pada hari itu

 Ustaz Rosly bin Sairan; Pembantu Hal Ehwal Islam Angkatan Tentera Malaysia selaku penceramah Kursus Pengurusan Jenazah

 Guru-guru khusyuk mendengar ceramah dari Ustaz Rosly yang bijak menarik perhatian para peserta kursus


Guru-guru dan murid-murid SKSE bersama Ustaz Rosly bergambar kenangan



Diharapkan dengan kursus pengurusan jenazah ini dapat mendedahkan warga SKSE tentang teknik dan cara menguruskan jenazah mengikut garis panduan agama Islam yang tepat serta memberi kesedaran kepada semua tentang ilmu dan pengajaran yang disampaikan oleh Ustaz Rosly , InsyaAllah..

Jumaat, 23 September 2011

Tahniah Ustazah Hasnah dan Cik Siti Zulaikha

Tahniah diucapkan kepada Ustazah Hjh Hasnah; Guru Cemerlang Pendidikan Islam atas penerimaan Anugerah Inovasi Gerak Bijak Congkak di Anugerah Q-Bestari Sekolah-sekolah Daerah Alor Gajah baru-baru ini di Kompleks Falak al-Khawarizmi Tanjung Bidara Masjid Tanah. Begitu juga tahniah diucapkan kepada pembina blog sekolah yang juga merupakan salah seorang guru panitia Pendidikan Islam iaitu Cik Siti Zulaikha atas penerimaan Anugerah Blog Pusat Sumber Sekolah Terbaik yang turut mendapat pengiktirafan dalam majlis tersebut.

Anugerah Blog Pusat Sumber Sekolah Terbaik

Anugerah Inovasi

Anugerah Q-Bestari

Tarikh: 22hb September 2011
Hari: Khamis
Tempat: Kompleks Falak Al-Khawarizmi Tanjung Bidara
Masa: 2:00 petang
Kemenangan yang dicapai SKSE:
1.SSQS 5 Bintang
2.Pengurusan PSS terbaik
3.Pengurusan Blog PSS terbaik
4.Anugerah Inovasi

Berikut gambar-gambar yang diambil sepanjang berlangsungnya Majlis Anugerah Q-Bestari.

Guru-guru SK Simpang Empat mendaftarkan diri sebelum masuk dewan
Bergambar sebelum masuk dewan

Persembahan caklempong dan dondang sayang daripada para pelajar SMK Ghafar Baba, GB SK Simpang Empat ;Pn Hjh Zulekha binti Hj A.Rahman merupakan pengerusi persembahan dalam Majlis Anugerah Q-Bestari ini.

 Persembahan dondang sayang

Tetamu kehormat yang menyampaikan anugerah sepanjang Majlis Anugerah Q-Bestari merupakan Timbalan Pengarah Pelajaran Melaka,diiringi Ketua Penolong Pengarah BTP dan Pengerusi Pengelola Majlis Anugerah Q-Bestari; Pn Hjh Nubah binti Aton

Guru besar SKSE; Pn Hjh Zulekha bersama Guru ICT SKSE;Pn Suriani Saedon dan YDP PIBG SKSE; Tn. Hj Esmail bin Jali naik ke pentas untuk menerima anugerah SSQS 5 bintang

Guru besar bersama GPM SKSE; Pn Roziyati binti Asmari menerima Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Terbaik

Guru besar bersama guru yang bertanggungjawab membina blog-blog sekolah iaitu Cik Siti Zulaikha binti Salleh naik ke pentas untuk menerima anugerah Pengurusan Blog Pusat Sumber Terbaik

GPK 1 SKSE;Pn Hjh Napisah binti Ahmad turut hadir menyaksikan Anugerah Q-Bestari
Guru besar bersama Guru Cemerlang Pendidikan Islam SKSE;Pn Hjh Hasnah binti Yahaya naik ke pentas untuk menerima Anugerah Inovasi

Persembahan tarian oleh para pelajar SMK Ghafar Baba merupakan persembahan penutup majlis anugerah



Tahniah SKSE terutama pada guru-guru terlibat atas pencapaian dan anugerah terbaik yang amat membanggakan pihak sekolah

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates