Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Kata-kata Aluan Ketua Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF


 Alhamdulillah dengan Rahmat dan 'InayahNya, Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF menjadi gandingan yang rapat dan utuh. kami saling membantu ibarat aur dengan tebing. Hubungan yang baik itulah membawa kepada terhasilnya blog ini.

 Saya amat berasa bangga kerana salah seorang daripada guru Pendidikan Islam; Cik Siti zulaikha binti Salleh mempunyai kepakaran ini dan juga membina blog sekolah. Syabas!

 Kejayaan demi kejayaan telah diukir oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF. program yang dirancang melibatkan semua guru. Terima kasih saya ucapkan, kerjasama tersebut menjadikan aktiviti tasmik berjalan lancar. Semua guru GPI membantu guru j-QAF, buktinya lihatlah rekod penggunaan bilik j-QAF kami. Kami bersama balik lewat mengikut jadual tasmik, begitu juga aktiviti KBS.

 Saya bersyukur dapat merekacipta satu inovasi "Gerak Bijak Congkak" bagi membantu BBM pengajaran Pemulihan Jawi. Inovasi ini sebagai bahan tambahan yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semoga dapat dimanfaatkan.

Tahniah, kepada semua guru Pendidikan Islam dan j-QAF kerana berusaha keras samada tenaga mahupun idea bagi menceriakan bilik j-QAF dan menyediakan satu sudut ICT untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

Sekian, terima kasih.

Pn.Hjh Hasnah binti Hj. Yahaya
Ketua Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF
Guru Cemerlang Pendidikan Islam

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates