Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Selasa, 17 April 2012

SEMINAR CERDIK AL QURAN

Tarikh : 14 April 2012
Tempat : Audotorium Seri Negeri.
Anjuran : Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan (R & D CIC), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka.
Masa : 8.00 pg hingga 12.30 tghr.



14 April 2012 - "Menyeronokkan!, Mudah!, Nak Belajar Lagi......." Inilah antara beberapa reaksi sepontan beberapa peserta seminar yang telah hadir pada hari ini. Ternyata apa yang telah didedahkan telah mendapat perhatian dan meninggalkan kesan yang positif kepada mereka. Apa yang dimaksudkan adalah pendedahan teknik belajar dan mengajar menggunakan kaedah Al-Baghdadi.
Seminar anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan (R & D CIC), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka ini telah diadakan di Auditorium Seri Negeri, Ayer  Keroh Melaka seawal jam 8.30 pagi.
Seramai 350 orang Guru Pendidikan Islam sekolah-sekolah negeri Melaka dan guru-guru agama JAIM telah menghadirinya. Sambutan yang diterima amat memberansangkan sehinggakan ada peserta yang terpaksa duduk bersila namun mereka merasakan amat berbaloi dengan sedikit pengorbanan tersebut kerana ilmu yang dapat ditimba amat bermanfaat dan menarik.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Mohd. Yusof bin Abu Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka. Turut hadir, Datuk Prof  Madya Dr. Abu Bakar bin Mohd Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkormersilan (R&DCIC),  Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Tuan Hj. Haris bin Mahat, KPP Bahagian Pendidikan, JAIM.
Penceramah yang telah menyampaikan ceramah dan tunjuk cara kaedah al-Baghdadi ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rasyid bin Abdul Ghani, Pengarah Teknik Al-Baghdadi dari Al-Baghdadi Training Center, Negeri Selangor dan Ustazah Rohana bt. Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif, Mawaddah Creative Multimedia Development Sdn. Bhd.
Turut membantu, Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid, Penolong Pengarah Pendidikan Islam (Elektif) dan juga Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa, Penyelia Pendidikan Islam (Teras), SPI JPN Melaka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates