Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Isnin, 23 Mei 2011

Salam Perpisahan Ustazah Selwati

Selamat berpisah kepada Pn.Selwati binti Mohamed yang akan berpindah ke Terengganu. Kami warga SKSE akan sentiasa merindui senyum manis dan wajah riang Pn.Selwati....Kelab guru dan staf SKSE telah menghadiahkan sebentuk cincin emas kepada beliau. Diharap Pn.Selwati akan sentiasa mengingati kami disini..




Ahad, 22 Mei 2011

Tahniah Ustazah Hasnah!!

Seluruh warga SK Simpang Empat mengucapkan tahniah kepada Guru Cemerlang dan Inovasi Pendidikan Islam SK Simpang Empat;Pn. Hjh.Hasnah binti Yahya kerana telah menerima Anugerah Guru Inovatif Sekolah Rendah sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Melaka 2011 yang telah diadakan di Dewan Platinum Politeknik Merlimau pada 21 Mei 2011,hari Sabtu yang lalu.
Dengan anugerah yang dicapai ini membuktikan guru SKSE mempunyai bakat dan kemahiran. Pencapaian ini juga turut membanggakan pihak sekolah. Tahniah Ustazah Hasnah!!


Ustazah Hasnah bergambar bersama adik Muhammad Ammar yang juga penenrima anugerah pada hari tersebut


Gambar dan bahan berita dipetik dari Portal Sektor Pendidikan Islam Negeri Melaka

Khamis, 12 Mei 2011

Teks Khutbah Hari Jumaat Sempena Hari Guru


Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru 2011

Saudara-saudaraku Muslimin yang dirahmati Allah sekalian,
Dalam hidup kita ini, sama ada kita orang biasa, orang luar biasa, orang miskin, orang sederhana atau orang berada mesti ada sekurang-kurangnya dua insan yang sangat berjasa dan banyak berkorban kepada kita.
Pertama ialah ibu dan ayah yang telah melahirkan kita ke dunia ini. Adapun yang  kedua ialah guru-guru yang banyak mendidik dan mengajar kita.
Marilah kita  cuba mengingat kembali jasa dan pengorbanan guru-guru yang pernah mendidik kita. Barangkali ada di antara guru kita yang sudah meninggal dunia, mungkin juga ada di kalangan mereka yang masih hidup, lalu kita masih lagi berpeluang untuk bertemu dengan mereka.
Seorang guru banyak menabur jasa. Mereka telah mengajar kita membaca, mengira dan menulis. Merekalah yang dahulu mengajar kita mengenal A, B, C, alif, ba, ta serta mengajar kita mengira 1, 2, 3, tambah,tolak,darab serta bahagi. Selain itu, mereka jugalah mengajar kita menulis. Daripada seorang yang buta huruf dan tidak tahu membaca, kini kita mampu mengenal huruf, membaca dengan baik.
Di samping mengajar ilmu-ilmu yang disebutkan, guru juga yang telah mengajar kita pelbagai ilmu yang lain semasa di dalam bilik darjah.
Apakah yang sewajarnya untuk kita lakukan buat guru-guru kita?
Kita wajar merendahkan diri dengan mengucapkan terima kasih kepada insan yang sangat berjasa ini. Mungkin kita tidak sedar, pada hari ini, kejayaan yang kita kecapi ini adalah diinspirasikan oleh doa berkekalan, yang tidak pernah putus diucapkan oleh bekas guru-guru kita selepas solat mereka. Itulah salah satu punca berkatnya kehidupan kita sekeluarga kini.
Sama ada guru itu masih hidup atau sudah kembali ke rahmatullah, doakanlah kesejahteraan mereka, sama ada di dunia mahupun di akhirat kelak. Sekali dia menjadi guru kita, selama-lamanya dia adalah guru kita.
Hari ini kita mendengar pelbagai tohmahan dan kritikan yang dilemparkan buat guru. Guru-guru dipertikai, diperlekeh dan direndah-rendahkan martabat mereka. Kita mendengar seorang guru yang ingin disaman oleh ibu bapa, dimaki hamun oleh orang lain dan sebagainya.
            Apakah akan terjadi seandainya fenomena dan gejala ini terus menerus berlaku?
            Wajarkah seseorang itu merendah-rendahkan martabat seorang guru, menghina, melontarkan kata-kata cercaan kepada gurunya atau guru-guru anak-anaknya. Adakah pangkat atau wang ringgit yang ada mengharuskan untuk kita menghina orang lain apatah seorang guru.
Islam menggariskan beberapa adab terhadap guru. Antaranya:
1-     Sentiasa mengharapkan keredaan daripada guru supaya ilmu yang diajarnya diberkati.
2-     Meminta pandangan guru terhadap sesuatu perkara yang akan dilakukan.
3-     Sentiasa mengenang budi dan jasa guru yang telah mendidiknya.
Begitulah seandainya kita tidak menghargai, menghormati mereka yang telah member sumbangan dalam hidup kita. Guru-guru tidak sama sekali menagih ucapan terima kasih dan sanjungan dari anak-anak murid mereka. Lihatlah bagaimana Imam Malik bin Anas sangat menghormati gurunya yang bernama Nafi’. Beliau sanggup menunggu gurunya sekian lama di hadapan pintu rumah gurunya, semata-mata untuk bertanyakan soalan kepada gurunya.  
Akhir sekali, sempena hari guru pada tahun ini, marilah kita sama-sama melakukan sesuatu sebagai bukti kita menghargai jasa guru-guru kita. Antara yang boleh kita lakukan ialah:
1.     Mencari guru-guru kita untuk kita mengucapkan terima kasih dan memberi hadiah sebagai tanda kasih sayang yang berpanjangan.
2.     Seandainya kita mengetahui ada di antara guru-guru kita yang sakit atau telah uzur, maka ziarahilah mereka.
3.     Jika kita mengetahui ada di kalangan guru-guru kita telah kembali ke rahmatullah, maka hadiahkan al-fatihah dan mohonlah keampunan untuk mereka. Mudah-mudahan roh mereka akan ditempatkan bersama orang yang soleh.
4.     Jika ada kesempatan mari kita kunjungi sekolah lama kita, di mana di situlah tempat kita menimba ilmu dahulu. Ringan-ringankanlah tangan untuk menghulurkan sumbangan, sama ada berupa material ataupun kepakaran.

Sabtu, 7 Mei 2011

Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Negeri Melaka

Tarikh: 7hb Mei 2011
Hari: Sabtu
Tempat: MITC Melaka (Karnival Pendidikan Negeri Melaka)
Pencapaian: Saguhati













 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates