Selamat Datang
Selamat datang kepada semua pelawat blog Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKSE.
Sejarah SK Simpang Empat
Sekolah Kebangsaan Simpang Empat adalah merupakan sekolah rendah terawal yang didirikan penduduk-penduduk kampung. Idea pembinaan sekolah ini tercetus dari minda Yang Amat Mulia Datuk Naning Hassan dan beliau adalah pengasasnya. Sekolah ini telah dibina pada tahun 1900 dan dinamakan Sekolah Melayu Simpang Empat diatas tanah Lot 614 Mukim Taboh Naning, Simpang Empat.
Sudut Inovasi
Gerak Bijak Congkak diinovasikan oleh Guru Pakar Jawi SKSE, Pn Hjh Hasnah binti Yahya. Sudut ini terhasil daripada inisiatif dan ilham Pn.Hjh Hasnah sendiri dengan dibantu oleh guru-guru j-QAF SKSE.
Taman Herba
Taman Herba merupakan taman angkat Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF. Taman ini juga merupakan cetusan ilham guru-guru panitia.