Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Selasa, 17 April 2012

SEMINAR CERDIK AL QURAN

Tarikh : 14 April 2012
Tempat : Audotorium Seri Negeri.
Anjuran : Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan (R & D CIC), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka.
Masa : 8.00 pg hingga 12.30 tghr.



14 April 2012 - "Menyeronokkan!, Mudah!, Nak Belajar Lagi......." Inilah antara beberapa reaksi sepontan beberapa peserta seminar yang telah hadir pada hari ini. Ternyata apa yang telah didedahkan telah mendapat perhatian dan meninggalkan kesan yang positif kepada mereka. Apa yang dimaksudkan adalah pendedahan teknik belajar dan mengajar menggunakan kaedah Al-Baghdadi.
Seminar anjuran Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkomersilan (R & D CIC), Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Melaka dan Jabatan Agama Islam Melaka ini telah diadakan di Auditorium Seri Negeri, Ayer  Keroh Melaka seawal jam 8.30 pagi.
Seramai 350 orang Guru Pendidikan Islam sekolah-sekolah negeri Melaka dan guru-guru agama JAIM telah menghadirinya. Sambutan yang diterima amat memberansangkan sehinggakan ada peserta yang terpaksa duduk bersila namun mereka merasakan amat berbaloi dengan sedikit pengorbanan tersebut kerana ilmu yang dapat ditimba amat bermanfaat dan menarik.
Seminar ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia, En. Mohd. Yusof bin Abu Bakar, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka. Turut hadir, Datuk Prof  Madya Dr. Abu Bakar bin Mohd Diah, Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Kreativiti, Inovasi dan Pengkormersilan (R&DCIC),  Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Tuan Hj. Haris bin Mahat, KPP Bahagian Pendidikan, JAIM.
Penceramah yang telah menyampaikan ceramah dan tunjuk cara kaedah al-Baghdadi ini telah disampaikan oleh Ustaz Abdul Rasyid bin Abdul Ghani, Pengarah Teknik Al-Baghdadi dari Al-Baghdadi Training Center, Negeri Selangor dan Ustazah Rohana bt. Sulaiman, Ketua Pegawai Eksekutif, Mawaddah Creative Multimedia Development Sdn. Bhd.
Turut membantu, Tuan Hj. Md. Razif bin Shahid, Penolong Pengarah Pendidikan Islam (Elektif) dan juga Ustaz Kamarudzaman bin Mohd. Isa, Penyelia Pendidikan Islam (Teras), SPI JPN Melaka.

Selasa, 10 April 2012

MAJLIS TADARRUS AL QURAN (MTQSS) SEKOLAH RENDAH PERINGKAT ALOR GAJAH 2012/1433

27 Mac 2012 - Hari ini tibalah pula giliran sekolah-sekolah rendah Kawasan Alor Gajah mempersembahkan kehebatan bakat anak-anak didik mereka dalam pertandingan tilawah al-Quran, hafazan dan juga bercerita di Majlis Tadarus al-Quran Sekolah-sekolah (MTQSS) Kementerian Pelajaran Malaysia Peringkat Kawasan Alor Gajah yang telah dilangsungkan di SK Ayer Pa'abas, Alor Gajah, Melaka.
Sebanyak 34 buah sekolah telah menyertai pertandingan kali ini yang melibatkan 26 SK, 1 SABK dan juga 7 SJK. Ini merupakan pertandingan kedua peringkat kawasan bagi Daerah Alor Gajah yangmana peringkat kawasan Masjid Tanah telah dilaksanakan di SK Seri Laksamana, Masjid Tanah pada minggu lalu.
Pegawai Penyelaras pertandingan kali ini adalah Ustaz Nezam bin Md. Derus, Penyelia Pendidikan Islam PPD Alor Gajah manakala Tuan Hj. Zaabar bin Abu Bakar, Penyelia Kanan Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam (PDSI), SPI JPN Melaka pula membantu untuk pengurusan panel hakim. Turut hadir Ustazah Hjh. Pawziah bt. Md. Ali, Penyelia Dakwah, PDSI, SPI JPN Melaka.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Hj. Ridzuan bin Abdul Ghani, Ketua Unit Pengurusan Institusi Pendidikan Agama (PIPA), SPI JPN Melaka.


KEPUTUSAN PENUH
MAJLIS TADARUS AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
PERINGKAT KAWASAN ALOR GAJAH 2012
( SEKOLAH RENDAH )

Tarikh : 27 Mac 2012 ( Selasa )
Tempat : SK Ayer Pa’abas
Jumlah Penyertaan : 34 Sekolah
Pegawai Penyelaras : Ustaz Nezam bin Md. Derus,
(Penyelia Pendidikan Islam PPD Alor Gajah)
Ustaz Hj. Zaabar bin Abu Bakar,
(Penyelia Kanan Dakwah, SPI, JPN Melaka)
TILAWAH (LELAKI)
Johan : Amir Arsyad Bin Abd Hadi ( SK Ganun )
Naib Johan : M Adam Hadziq Mohd Burhanudin (SK Melekek)
Ketiga : Naqib Rafiqin Abd Razak ( SK Pulau Sebang )

TILAWAH (PEREMPUAN)
Johan : Nurain Zulaikha Mansor ( SK Pulau Sebang )
Naib Johan : Siti Aishah Ashaari ( SK Ganun )
Ketiga : Nurul Aqilah Johari ( SK Berisu )

HAFAZAN (LELAKI)
Johan : Muhd Ikram Bin Bazurim ( SK Ganun )
Naib Johan : Muhamad Azri Md Daud ( SK Padang Sebang )
Ketiga : Imran Bin Shamsudin ( SJKC Lendu )

HAFAZAN (PEREMPUAN)
Johan : Mariam Sakinah Hanafi ( SRA (JAIM) Jelatang )
Naib Johan : Nurul Najjah Syuhada Norisham ( SK Ganun )
Ketiga : Sofwatun Nadwah Binti Roslan ( SK Tebong )

BERCERITA (LELAKI)
Johan : Aliff Najmi Bin Hasme ( SK Melekek )
Naib Johan : Mohd Fakri Sharunazim ( SK Simpang Empat )
Ketiga : Ahmad Hanbal Bin Liman ( SK Melaka Pindah )

BERCERITA (PEREMPUAN)
Johan : Alya Syazwana bt. Syahrum ( SK Parit Melana)
Naib Johan : Nurin Aina bt. Yusrizal Riadi (SK Cherana Putih)
Ketiga : Nadirah bt. Syarudin (SK Padang Sebang)






Tahniah diucapkan.......

TAHNIAH SEKALI LAGI........

6 April 2012. Festival Kalam Jama'e peringkat Negeri Melaka telah diadakan di MITC Ayer Keroh Melaka sempena dengan Karnival Pendidikan Negeri Melaka 2012.Pertandingan ini telah disertai oleh 6 buah sekolah rendah iaitu bagi daerah alor gajah SK Simpang Empat dan SK Pulau Sebang,bagi daerah melaka tengah SK Convent Infant Jesus 2 dan SK Bukit Baru,bagi daerah jasin SK Serkam dan SK Sri Lanang.Kesemua sekolah telah memberikan persembahan yang terbaik dan mendapat pujian dari ketua hakim iaitu Ustaz Abdul Razak.Ketua Sektor Pendidikan Islam Tn.Hj.Ismail bin Muhmd.Berikut keputusan rasmi pertandingan Kalam Jama'e SK :
Johan : SK Convent Infant Jesus 2.
Naib Johan : SK Bukit Baru.
Ketiga : SK Simpang Empat.
Tahniah diucapkan kepada putri-putri kalam jama'e SK Simpang Empat kerana berjaya merangkul tempat ketiga dalam pertandingan tersebut.Tahniah juga diucapkan kepada pembimbing kalam jama'e SK Simpang Empat Ustazah Cik Masni Farah bt Abdul Muna'im , Panitia Pendidikan Islam dan Guru-Guru SKSE yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam usaha dan kerjasama yang diberikan.Semoga Allah SWT membalas jasa yang telah dicurahkan.

SYABAS DAN TAHNIAH DIUCAPKAN.....



TAHNIAH KUMPULAN KALAM JAMA'E SK SIMPANG EMPAT

26 Mac 2012 - Festival Kalam Jamaie (SR) Peringkat Daerah Alor Gajah telah diadakan pada hari ini di SK Kem Terendak 2, Sungai Udang, Melaka. Ia adalah sebagai pembuka tirai pertandingan bagi peringkat daerah sebelum diadakan di peringkat negeri pada 5 hingga 8 April 2012 bersempena Karnival Pendidikan Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Johan dan naib johan daerah akan bertanding pula di peringkat negeri kelak.
Sebanyak 12 sekolah telah mengambil bahagian iaitu SK Melaka Pindah, SK Gangsa, SK Simpang Empat, SK Dato' Naning, SK Parit Melana, SK Pengkalan Balak, SK Kem terendak 2, SK Pulau Sebang, SK Alor Gajah 1, SK Kem Terendak 1, SK Bukit Beringin dan SK Lubok Redan.
Majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Ustaz Che Mat bin Che Leh, Ketua Unit Pengurusan Pendidikan Islam, SPI JPN Melaka. Turut hadir, Ustaz Norhisham bin Miswan, PP j-QAF, SPI JPN Melaka dan juga Ustaz Nezam bin Md. Derus, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Alor Gajah, Melaka.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN:
Johan : SK Simpang Empat
N. Johan : SK Pulau Sebang
Ketiga: SK Pengkalan Balak






Tahniah diucapkan di atas usaha gigih anda....teruskan kecemerlangan SKSE........

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates