Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Khamis, 23 Februari 2012

KEM BESTARI SOLAT 1

Tarikh : 11 Februari 2012
Masa : 8.00 pg - 2.00 ptg.
Hari : Sabtu.
Tempat : Surau Al Hidayah dan Dewan Sekolah.
Agenda : 
Cara-cara Mandi Wajib.
Amali Solat.
Praktikal solat.

Laporan Bergambar :
Kem Bestari Solat (KBS) ini di sertai oleh semua murid SKSE dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Kem ini dibahagikan kepada 3 kumpulan :
1.Kumpulan 1 (Murid-murid tahun 3,4,5 dan 6)- belajar mandi wajib
2.Kumpulan 2 (Murid lelaki Tahun 1 & 2 ) - belajar Rukun Wudhuk
3.Kumpulan 3 ( Murid perempuan Tahun 1 & 2)-belajar Rukun Wudhuk
Semua guru dan staf sokongan terlibat dalam Kem Bestari Solat ini.
Seramai 21 orang guru terpilih menjadi fasilitator dan dibahagikan kepada kumpulan yang disenaraikan
Murid-murid dan guru-guru telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang kem ini berlangsung.
Aturcara kem ini diakhiri dengan Latihan Praktikal Amali Solat beramai-ramai di dewan sekolah.
Murid-murid didedahkan cara yang betul mengikut rukun sembanyang secara beramai-ramai dengan dibantu para fasilitator.

PENDAFTARAN MURID

PEMBAHAGIAN KUMPULAN

KELAS BIMBINGAN 

KELAS BIMBINGAN

PRAKTIKAL MANDI WAJIB

PRAKTIKAL WUDUK

PRAKTIKAL SOLAT BERJEMAAH

SAMBUTAN MAULIDUR RASULPERINGKAT SEKOLAH 2012

Tarikh : 17 Februari 2012
Hari : Jumaat.
Masa : 7.00 - 10.45 pg.
Tempat : Dewan SKSE.
Penceramah :

  • Ustaz Khairul Anuar bin Zakaria
    • Penolong Pegawai Hal Ehwal Agama Islam ,Pejabat Agama Islam Alor Gajah.

Tema : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
Agenda :

  • 7.00 - 10.45 pg :
    • Bacaan Yasin.
    • Perarakan
    • Jamuan Ringan
    • Ceramah Maulidur Rasul
    • Persembahan Nasyid
    • Bersurai


Laporan :
Bermula jam 7.00 pg semua murid diarahkan berkumpul di dataran razah untuk mengikuti aktiviti mingguan iaitu membaca surah yasin.Dengan diketuai oleh Ustaz Mohd Noor dan dibantu oleh guru-guru SKSE,majlis bacaan yasin dapat dijalankan dengan lancar.
Selepas bacaan surah yasin selesai,taklimat ringkas telah disampaikan kepada murid dan guru oleh Ustaz Mohd Noor berkenaan dengan perarakan yang akan dijalankan.Bagi perarakan pada tahun ini,seramai 30 orang ibubapa telah datang untuk menyertai perarakan ini.Dan pada tahun ini juga,perarakan telah disertai oleh kumpulan murid islam dari SJKC Sann Yuh yang diketuai oleh Ustaz Kamaruddin.
Perjalanan perarakan Maulidur Rasul telah berjalan dengan lancar dengan murid berselawat sepanjang perarakan dan ramai penghuni taman yang keluar untuk melihat perarakan yang sedang berlangsung.
Selesai perarakan,murid dikumpulkan kemabali di dataran razah mengikut kelas dan murid telah diberikan minuman air kotak.Selesai minum,murid diarahkan masuk ke dewan mengikut kelas masing-masing.Murid disusun supaya mereka dapat duduk dengan selesa ketika ceramah disampaikan.
Majlis ceramah maulidur rasul dimulakan oleh pengerusi majlis iaitu Ustazah Masni Farah Abd.Munaim.Doa telah dibacakan oleh Ustaz Mohd Noor sebagai memohon keredhaan Ilahi agar majlis dapat dijalankan dengan selamat.Kemudia pengerusi menjemput Guru Besar Pn.Hjh.Zulekha bt Ab.Rahman untuk menyampaikan ucapan aluan.
Ceramah Maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Khairul Anuar bin Zakaria,Pen.Peg.Hal Ehwal Islam dari Pejabat Agama Islam Alor Gajah berkisarkan kisah Rasulullah SAW.Murid nampak seronok dengan ceramah yang telah disampaikan.Banyak pendedahan yang telah diberikan oleh penceramah bersesuaian dengan situaiasi dan zaman masa kini.Selama 1 jam ceramah disampaikan dan diakhir ceramah beberapa soalan telah diajukan kepada murid oleh penceramah dan dapat dijawab dengan baik.
Selepas ceramah,pengerusi telah menjemput Guru Besar Pn.Hjh.Zulekha bt Ab.Rahman untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada penceramah dan menjemput penceramah dengan diiringi oleh Guru Besar,GPK dan Ketua Panitia Pendidikan Islam ke kantin bagi menjamah jamuan yang disediakan.
Murid-murid direhatkan mengikut tahap dan murid dibekalkan pula dengan kuih sebagai bekalan untuk dimakan.
Selesai rehat,semua murid masuk ke kelas masing-masing untuk meneruskan P&P.












Kami bagi pihak Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Penceramah Ustaz Khairul Nizam bin Zakaria Pen.Peg.Hal Ehwal Islam Pej.Agama Islam Alor Gajah,Tuan Guru Besar Pn.Hjh.Zulekha bt Ab Rahman,barisan GPK,Guru-guru,Staf sokongan,Ibubapa, murid-murid dan penyumbang-penyumbang atas sokongan dan sumbangan tenaga serta kewangan dalam menjayakan Sambutan Maulidura Rasul peringkat sekolah bagi tahun 2012.Semoga Allah SWT membalas jasa dengan sebaik-baik ganjaran.Amin Ya Rabbal 'alamin

Rabu, 1 Februari 2012

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Blogger Templates